Monday, September 27, 2010
Sunday, March 28, 2010
Umrah 2010
Assalamualaikum.
Tarikh 31hb. Dis 2009, aku bersama suami berangkat Ke Mekah mengerjakan umrah. Sampai di Jeddah tarikh 1hb Jan 2010. Kami menyambut tahun baru 2010 kat sana...ramai member yang wish New Year.. Alhamdulillah sampai jugak aku jejak kaki ke sana sebelum umur mencecah 40 tahun. Itu hajatku dari masa sekolah rendah lagi.
Sampai di Jeddah kami di jemput menuju ke Taif (negeri ibu susuan Rasulullah). Bermalam di sana dan paginya terus menuju Mekah. Sepanjang perjalanan menuju Mekah kami ziarah tempat2 sejarah zaman Rasulullah.
Petang, kami sampai di tanah haram. Jantung berdegup kencang, macamana nanti bila terpandang Masjidilharam di depan mata. Ya Allah.......hampir senja kami tiba di depan rumah Allah itu. Perasaan masa tu tak tahu nak cakap...kami berpandangan sesama sendiri. Indahnya....cantiknya...tak boleh gambar dengan kata-kata.
Setiba kami dihotel, bersiap ala kadar...maklumlah dalam Ihram. Kena jaga pantang larang. Kami terus ke Masjid mengerjakan Ibadah Umrah yang belum selesai. Tapi aku....hanya memerhatikan suami dan jemaah lain masuk ke Masjid. Aku terpaksa berada dalam ihram selama 4 hari sepanjang berada di Tanah Haram itu.
Selepas 4 hari dalam ihram, akhirnya aku dapat tengok kaabah...yang selama ini hanya boleh tengok dalam gambar dan TV dan mengetahui kisah kaabah ini melalui bacaan kisah2 Nabi sahaja. Ya Allah...menitis air mata ini, masa itulah aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi peluang olehNya menyaksikan kebesaranMu.
Diwaktu begini aku tak lepaskan peluang mengabdikan diri pada Mu. Setelah hari ke 8, kami berangkat ke Madinah.. Ziarah Madain Salleh, Masjid Nabawi, masjid2 sejarah zaman Rasulullah.
Alangkah indah hidup ini jika kita diberi peluang menyaksikan tempat2 sejarah perjuangan Rasulullah menegakkan syiar islam.
Posted by Nooreha Hamat at 10:37 PM 0 comments
Monday, December 7, 2009
Aidil Adha 2009
Hari Raya Aidil Adha 2009.
Kami sekeluarga bergerak dari KL nak balik kampung pada petang khamis hari wukuf, dengan berbekalkan nasi goreng untuk jamuan anak2 dan berbuka puasa. kami mulakan perjalanan. Jalan bersesak-sesak, perjalanan kami mengambil masa 8 1/2 jam untuk tiba di Kuala Krai. Setibanya di Kuala Krai, kawan menelefon ajak minum untuk hilangkan rasa mengantuk. Kami suami isteri layanlah memandangkan Kuala Krai adalah kampung suamiku. Nak ngajak ke rumah mertuaku, dia tak nak, takut mengganggu orang tua kami di rumah. Setelah hampir 1 jam minum2 sambil bersembang, kami beransurlah menuju haluan masing2. Setibanya di rumah mertua hampir pukul 3.30 pagi.
Setibanya kami, pakat2 bertanya khabar dan sembang lebih kurang, masa dah hampir subuh. Sesudah subuh, ramai2 pakat sediakan makanan dipagi Raya, setelah siap makan bersiap nak solat hari raya Aidil Adha.
Setelah siap solat sunat Aidil Adha, aku, suami dan anak2 bersiap nak balik ke kampung ku, Rantau Panjang, memandangkan dirumah suami korbannya hari Sabtu (Raya kedua). Hampir pukul 12.30 tghari kami tiba dikampungku, semuanya menunggu untuk dihidang je. Aku melawat sedara2 yang bersebelahan dengan rumah sambil menunggu waktu orang laki balik dari solat Jumaat. Jam 2.30petang kami sekeluarga menghadap makanan beserta sedara2 yang berdekatan. Tak sempat rehatkan badan, tetiba aku mendapat panggilan dari sepupu di Kuala Lumpur menyatakan ayahnya meninggal selepas solat Jumaat tadi. Ya Allah............ alangkah terkejutnya memandangkan sebelum kami balik kampung pak cik sihat walafiat. Ternyata hari itu kami sekeluarga sedih sangat. Arwah adalah pak cik belah suami tapi aku rapat sangat dengan arwah memandangkan semasa hayat beliau suami membesar di rumahnya. maka itu, kami selalu ke rumah melawatnya... dan aku selalu diusik macam2 tapi aku tak cepat melatah. biar dikata apa pun. aku buat tak tahu je dan selalu terima dengan hati yang tak pernah tersentuh. So, kami terima je apa kerenahnya. Selepas waktu asar kami bertolak ke Kuala Krai, Hari Raya kedua (sabtu) selepas korban dan makan tengahari dan solat zohor, kami sekeluarga, kakak, adik, abang, mak ayah mertua bertolak ke Kuala Lumpur. Waktu Isyak kami tiba di rumah arwah. Suasana pilu di rumah arwah walaupun dah masuk hari kedua arwah tinggalkan kami. Dengan suasana tak sempat nak beraya seperti biasa, daging pun tak dapat merasa betul2, kami dengan keletihan terpaksa balik KL. Sepenat mana pun aku dan suami, kami terpaksa pulang melawat keluarga arwah............. kami terlalu rapat.
Posted by Nooreha Hamat at 5:22 PM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
Sunway Lagoon
1 Nov 2009 -------Family Day Sunway------
Bawa anak2 ke Sunway Lagoon.
Every year family day mesti di Sunway Lagoon. Anak2 ku memang dah maklum akan ke sana dan selalu bertanya abahnya bila nak ke Sunway Lagoon.
This year, RM 10/person, RM 60 for 6 person (My Family) - Tak ramai member yang join. kalau biasa free.
Esok, Exam akhir tahun - Bagi can pergi jugak, nanti sikecik tu rajin menyoal dan ayat yang kita olah dia tak akan paham. Pening kepala.....Kul 2.30 ptg dah blk.
Posted by Nooreha Hamat at 7:00 PM 0 comments
Tuesday, October 20, 2009
Ke Genting Highland
Kat snow world
Kami dalam theme park kat outdoor dah lebih 4 jam. Dengan makan maggi je tengahari tu, nasib baik la anak2 tak mengamuk lapar. Makan maggi pun dah dekat RM 100.00. Jam 6 baru kami keluar. Teruskan ke permainan Indoor. Tengok2 dah jam 7.30pm. Kami ke snow world. bagi anak2 merasa camana dinginnya salji. Kat sini bayar lain pulak. memang betulla, tempat ni untuk habiskan duit.
Posted by Nooreha Hamat at 12:53 AM 0 comments
Sunday, October 11, 2009
Rumah Tebuka Batu Caves
Aku nekad membuat rumah terbuka bagi menjemput kawan-kawan beraya kat rumah sambil makan-makan. Dengan tak ada maid aku akui memang memenatkan. Tapi dengan bantuan suami, adik ipar dan anak buah aku, selesailah juga acara tersebut dengan meriah dan memenatkan. Orang pertama sampai ke rumah kami pada pukul 11.30 pagi. masa tu makanan pun belum siap dihidang. Maklumla aku jemput makan selepas waktu zohor. Tapi member tu datang dari jauh SEREMBAN, maka berehatlah dia bersama2 isteri dan anak sambil memerhatikan kami kelam kabut menyiapkan hidangan di atas meja. Tengah2 bersiap2 tu tibalah pulak 2 keluarga lain. Alamak!! ini sudah memeningkan kepala aku. Anak2 semua dah siap, mulanya kami semua plan nak bergambar dulu sebelum tibanya tetamu. maklumlah kali ni rumah terbuka aku besar-besaran siap dengan khemah ala2 orang kawin. Atas tajaan kawan dan bayar jugak tapi atas harga kawan2. So rumah aku semalam, meriah semacam, semua tetamu terperanjatlah. tak sangka la kan besar cam ni siap berkhemah bagai.
Aku tak menang tangan melayan tetamu, selebihnya seperti tambah2 makanan aku serahkan pada pembantu2 aku yang telah bersedia menerima arahan.
Menu raya tahun ni nasi dagang, roti jala,makaroni sup, kuih dan buah. Nampaknya makanan yang dihidang semuanya tak berbaki. Ada baki pun cukup2la untuk kami anak beranak alas perut malam tu. Gambar? Aku frust sangat, tak ada pun gambar semasa kekawan datang rumah. semuanya sibuk. Entah mana diletaknya kamera. Last sekali tengok gambar khemah je ada. Tak ape la. Lain tahun aku sendiri yang akan pegang kamera. semangat tuuuuuuuuuuu........
Posted by Nooreha Hamat at 9:31 PM 0 comments
Wednesday, September 30, 2009
Aidilfitri 2009
SELAMAT HARI RAYA
Aidilfitri tahun 2009 ini kami sambut di kampung ku, Rantau Panjang Kelantan. Tahun ini rumah mak mewakili adakan jamuan makan untuk semua adik beradik dan anak beranak mak. Jadi meriahnya memang terasa memandangkan semua keluarga bertandang ke rumah mak untuk makan2. Anak2 mak Long, Mak su, dan anak Mak sendiri riuh rendah menikmati makanan yang dihidang. Mak masak nasi kerabu memandangkan banyak permintaan dan aku bekalkan sate dari KL (Sate Samuri). Walaupun tahun ini kami sekeluarga beraya tanpa ayah. dah hampir 2 tahun arwah ayah tinggalkan kami. Tapi alhamdulillah, tahun ini kami tidaklah menanggung kesedihan seperti tahun lepas. Aku tengok mak pun, ceria je cuma dipagi raya aku tengok mak menangis mungkin terkenangkan orang yang telah tiada. Aku paham itu, jadi aku sebagai kakak yang paling besar (pagi tu le, sebab yang lain beraya dirumah sendiri dan selepas sembahyang raya baru datang rumah mak) memujuk mak.
Siap je solat sunat Hari Raya semua keluarga berkumpul untuk makan2. Kami, sebagai tuan rumah tak sempat nak bergambar bersama keluarga. Tidak seperti tahun2 lepas, siap bergambar dulu baru jengah makanan. Tapi tengah sibuk tetamu menjamah makanan kami sempatlah snap beberapa keping. Nak jadikan panjang cerita, tengah posing maut tu bateri kamera pulak habis. So ambil je la mana yang dan. Frust jugak, Tapi ni lah hasilnya.
Mak, Mak Su Dan Mak Long
Jiran
Mak, Mak Su, Adik dan Suami
Posted by Nooreha Hamat at 9:59 PM 0 comments