? ??????????????Incredible Butterflies (New)? ????? ?? ???Rating: 4.8 (91 Ratings)??98 Grabs Today. 34229
Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????6?? ???????????????????????????Phone Booth? ????? ?? ???Rating: 4.6 (12 Ratings)??93 Grabs Today. 23193 Total Grabs. ??????Prev BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, September 30, 2009

Aidilfitri 2009

SELAMAT HARI RAYA

Aidilfitri tahun 2009 ini kami sambut di kampung ku, Rantau Panjang Kelantan. Tahun ini rumah mak mewakili adakan jamuan makan untuk semua adik beradik dan anak beranak mak. Jadi meriahnya memang terasa memandangkan semua keluarga bertandang ke rumah mak untuk makan2. Anak2 mak Long, Mak su, dan anak Mak sendiri riuh rendah menikmati makanan yang dihidang. Mak masak nasi kerabu memandangkan banyak permintaan dan aku bekalkan sate dari KL (Sate Samuri). Walaupun tahun ini kami sekeluarga beraya tanpa ayah. dah hampir 2 tahun arwah ayah tinggalkan kami. Tapi alhamdulillah, tahun ini kami tidaklah menanggung kesedihan seperti tahun lepas. Aku tengok mak pun, ceria je cuma dipagi raya aku tengok mak menangis mungkin terkenangkan orang yang telah tiada. Aku paham itu, jadi aku sebagai kakak yang paling besar (pagi tu le, sebab yang lain beraya dirumah sendiri dan selepas sembahyang raya baru datang rumah mak) memujuk mak.
Siap je solat sunat Hari Raya semua keluarga berkumpul untuk makan2. Kami, sebagai tuan rumah tak sempat nak bergambar bersama keluarga. Tidak seperti tahun2 lepas, siap bergambar dulu baru jengah makanan. Tapi tengah sibuk tetamu menjamah makanan kami sempatlah snap beberapa keping. Nak jadikan panjang cerita, tengah posing maut tu bateri kamera pulak habis. So ambil je la mana yang dan. Frust jugak, Tapi ni lah hasilnya.


Kami Sekeluarga
Anak2 Ku

Mak, Mak Su Dan Mak Long
Jiran
Mak, Mak Su, Adik dan Suami
Sampaila ke malam jamuan makan nasi kerabu. Besoknya kami sekeluarga beraya di rumah nenek belah suami pulak. Mak ai penatnya beraya. satu hari kami bertandang rumah sedara sampaikan ank aku yang kecik terkena jangkitan sakit mata. Jadi, dari raya ketiga sehinggalah habis cuti kami sekeluarga beraya dengan mata merah dan bengkak2. Tapi alhamdulillah anak2ku tak ada sakit teruk sangat. Cuma aku dan suami, merah dan bengkak sehinggalah balik KL. sampaikan kami berdua terpaksa kena ambil cuti sakit selama 2 hari, memandangkan takut berjangkit pada teman sekerja. Pengalaman betul la kami beraya tahun ni. Cuti panjang tapi terpaksa beraya dalam kesakitan dan cermin mata hitam..........





Sunday, September 6, 2009

Aiman, Anakku Yang Ketiga

SYAHMI AIMAN, umur baru nak masuk 9 tahun, tapi badannya ngalahkan orang tahun 6. Setiap kali beli baju untuknya mesti saiz kanak2 umur 14 tahun. Orangnya sensitif tak padan dengan laki. Kalau makan dia no 1. setiap kali ngadap makanan kita nengok cam orang lapar la. padahalnya.......... baru je makan. Bulan puasa ni nampaknye berat badan pun turun sikit. Walaupun laki dia pandai layan adik2. Pandai ambik hati orang. Aween dengan Amirun suka sangat kawan dengan dia.

Masa bergambar ni, kami baru balik hantar Iva(maid aku) balik Indonesia. Muka pun sedih lagi dengan rindukan bibiknya dan tidur yang tak cukup. Baru lepas nangis. Aiman ni, walaupun kita nampak dia tak rapat sangat dengan Iva tapi sayang dia kat Iva lain sikit. Setiap kali nak ke sekolah, cium tangan Iva. Kalau ada apa2 rahsia, dia akan kongsi dengan Iva. Siap pesan lagi kalau barang2 sekolah hilang, tak bagi Iva beritahu aku. Si Iva ni pulak ikut je kata Aiman, takut nanti aku marahkan Aiman. Kesian kat budak2. Tu sebab la anak2 aku sayang sangat kat Iva ni. Semasa Iva berangkat, dia lah yang paling sedih. Masuk je ke dalam kereta, terus nangis sepuas hati.Kesian aku nengok.

Tapi satu je, Dia ni jenis dengar kata, bagi nasihat sikit dah dengar dan boleh ikut cakap kita. Seingat aku dari kecik perangai dia, walau nangis sekuat mana pun, kita buat janji sikit dia dah elok dah dan janji tak buat lagi. Dalam 4 beradik anak aku, dialah yang paling senang dipujuk. Tapi kalau dah berjanji dengan dia ni mesti kena tepati, kalau tidak merajuk lah berhari2.

Detik-detik terakhir bersama BIBIK



Semalam, kami sekeluarga pagi2 lagi dah tiba di LCCT. Penerbangan maid aku balik Indon pukul 6.55pg. So kami anak beranak bertolak dari rumah pukul 3.30pg. Anak2 la paling excited nak hantar bibiknya. Pukul 2.30pg dah bangun. Kami bersahur dengan MC Donald je kat LCCT tu.



Selepas menunaikan solat subuh kami menghantarnya ke bahagian pelepasan. Anak2 aku pada mulanya biasa2 aje. Aku pun tak lah risau sangat. Dari malam aku tak dapat tidur lena memikirkan bagaimana reaksi anak2 aku saat berpisah nanti. Sebelum tidur malam itu, kakak sebagai wakil adik2nya dan kami sekeluarga menyerahkan surviner berupa jam loceng, jam tangan, kain tudung dan kain pasang batik agar Kak Iva akan tetap ingatkan kami di Malaysia sambil2 tu memujuk minta maid aku datang lagi ke rumah kami dan berpesan jangan balik Indon lama2. Padahal semua dah maklum maid aku tak akan datang lagi. Aku sedih sangat dengar rayuan anak2 aku.



Rupanya semasa di Airport tu alhamdulillah, tak ada lah seperti yang aku sangka dan keadaan semasa kami hantar maid pertama dulu, sedih tu mesti sedih tapi tak ada lah nangis2 tak nak lepaskan orang tu pergi.


Suasana pilu, Semasa maidku memeluk sorang demi sorang anak aku, nampak kesedihan di wajahnya tapi tak adalah sampai menitis airmatanya. Last sekali dia salam dan mencium tangan aku, minta maaf dan terimakasih pada aku selama dia di rumahku. Katanya aku terlalu baik. Masa ni nampak Mimi dan Aiman dah nangis. diorang dah paham erti perpisahan. Airmata bergenang. Aku tahan je. tiba2 je jadi sebak bila nengok anak2 nangis. betapa sayangnya anak2 aku pada bibiknya. . . . . Yang kecik 2 orang tu melompat2 tak paham apa2. Masa bibiknya naik tangga selepas masuk ke pelepasan antarabangsa, semua muka dah lain, Lambaian terakhir tu, anak2 aku semua dah nangis. Ya Allah tabahkan hati anak2 aku.








Semalam suasana kat rumah dah berubah. Anak2 semua tak ceria. Lebih2 lagi Amirun dan Aween. Asyik bertanya. Naik ke bilik, pergi ke dapur, lepas tu nangis. Sedih jangan cakap la. Semua benda nak dengan aku. sampaikan semalam pening kepala aku dibuatnya. tak cukup tidur. Nasib baik la malam tadi tak mengamuk lagi, cuma masa nak tidur aween nangis mmg teringatkan bibiknya sebab dia tidur dengan bibiknya. Selepas aku pujuk dan peluk terus terlena sampailah ke pagi.


Pagi2 ni semasa aku bangun siapkan sahur, sikecik Amirun bangun nangis lagi, ngigau manggil2 nama Kak Iva, Jenuhla aku mujuk bagi susu sampailah tertidur. Pagi ni pukul 7.30pg dah bangun, tak bagi aku pergi kerja. Puas memujuk. tak bagi gak. Nak tak nak aku bawa dia ke pejabat. Bukan main suka lagi, tak ada la nak sebut2 kak Iva mana. Pukul 11.00 pg aku hantar balik kerumah. memandangkan kat rumah ada anak buah aku (mmg khas untuk jaga dia) sedih tu mmg nampakla semasa aku kembali ke pejabat tapi nak buat macamana. kerja tetap kerja.


Lusa 9hb September 2009. Anak dah mula sekolah. Hari pertama sekolah selepas bibik tak ada. Nak uruskan keperluan anak sekolah. Baju untuk transit, baju nak pakai, baju nak bawa untuk sekolah petang. Haiiiiiiiii pening gak tu. Dah lama tak buat kerja ni. Kerja aku memang tak cukup kakitangan la. Kena buat jadual betul2 memandangkan bulan puasa, bila masa nak masak, nak ambik anak sekolah, Suami? sesekali boleh la dia ambikkan anak sekolah, bizi memanjang.

Bibik baru? aku sendiri pun tak pasti, sekali pikir tak payah, anak2 dah besar, dah boleh berdikari, pasal kerja rumah aku masih mampu lakukan, kalau tak larat sangat aku biarkan je dulu. sekali pikir kena ada, maklumlah sebelum ni bersenang lenang je. tiba2 jadi aktif dari pagi sampailah tutup mata di malam hari. Tapi setakat ni aku tak ada nak apply mana2 agensi lagi. Akan ku cuba terdaya yang mampu, kalau dah tak daya,terpaksa lah nyerah kalah. Aku takut nanti Maid baru tak sama dengan maid lama.............. dari segi perangai, pekerjaan, apa2 lagi lah yang tak elok tu. Akan ku cuba hadapi rintangan mendatang. Aku hanya berdoa agar aku tabah dan sabar dalam menempuh kerenah anak2 sepanjang anak2 masih merindui bibiknya.

Friday, September 4, 2009

Sikecik Amirun

Inilah anakku yang paling kecik. Umur dah 3 tahun setengah. Rapat sangat dengan bibik dia. sampaikan masa dihabiskan bersama bibik. Masa dengan aku hanya masa bawa jalan2 je. Entah la semalam demam dan dah bawa ke klinik, risau aku, mungkin tekanan tak ada sape yang tahu, bibiknya nak balik Indon 6hb sept nanti. Dan tak nak datang lagi. Dah habih kontrak. Sayangnya pada bibik dia bukan main lagi, maklumla dia membesar dengan bibiknya. Bibik tu datang masa umur dia 2 bulan, so mesti sedih dengan perpisahan ni. Sampaikan tiap2 hari dia beritahu, adik tak nangis kalau 'Kak Eva' balik Indon, Adik dah besar. Dan tiap2 hari jugaklah dia ingatkan kakak dan abangnya, kalau dah 'Kak Eva' tak ada, kakak tukang basuh baju, abang Aiman sapu sampah, Kak Aween cuci pinggan dan adik boleh mop lantai. Sedih pulak aku dengar. Dia yang tolong agihkan kerja agar Mamanya tak penat. Nanti Mama pergi kerja dan masak je. Sterika baju nanti kami buat sendiri2. Aku sendiri pun kadang sebak bila pikirkan anak2 dan Maid aku ni, bukan apa, kalau dah maid tak ada nanti anak2 aku mesti nangis punya. Rindukan orang gaji....... sebab aku ada pengalaman dengan maid pertama dulu. Kita, sebagai ibu mana sanggup tengok anak2 bersedih, mesti terasa sedih pilu kan? Apalagi........ waaaaaaaa, kita pulak yang lebih2.

Ni masa kat kampungku Rantau Panjang Kelantan. Kami balik kampung semata-mata untuk berpuasa dengan mak dan mertua. Dah petang, sambil pikir apa yang nak masak ari ni, tiba2 aku teringatkan kelapa mak baki semalam ada lagi. So aku pun terus ambik dan kucuba untuk mengukur kelapa, padahal dah lama sangat aku tak guna alat ini. maklumlah kat kampung sekarang pun dah ada santan segera. tak payah nak penat2 kukur kelapa. Apalagi anak2 aku pakat nak cuba gunakan alat ni. tengoklah habis berterabur kelapa kat bawah. Nasib baik mak tak bising. Dah lama tak buat kerja ni, penat la. Nak dapatkan semangkuk kelapa pun susah. sakit badan2 aku. At last jadilah 'siro roti' hasil dari kelapa tersebut. Tak sempat pun nak ambik gambar roti yang telah siap di masak. Yang sebenarnya nak tunjuk gambar anak aku yang paling kecik dengan muka yang control malu dikeliling kakak dan abangnya termasuklah mak aku yang asyik gelakkan dia. Dengan gaya duduk tiru mak aku. Hahaha......... nilah budak2 zaman sekarang tak kenal pun alat2 tradisional macam ni. Dah dapat tu asyik berebut nak cuba. Semoga anak2 aku tidak lupa asal usulnya.