? ??????????????Incredible Butterflies (New)? ????? ?? ???Rating: 4.8 (91 Ratings)??98 Grabs Today. 34229
Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????6?? ???????????????????????????Phone Booth? ????? ?? ???Rating: 4.6 (12 Ratings)??93 Grabs Today. 23193 Total Grabs. ??????Prev BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 7, 2009

Aidil Adha 2009

Hari Raya Aidil Adha 2009.

Kami sekeluarga bergerak dari KL nak balik kampung pada petang khamis hari wukuf, dengan berbekalkan nasi goreng untuk jamuan anak2 dan berbuka puasa. kami mulakan perjalanan. Jalan bersesak-sesak, perjalanan kami mengambil masa 8 1/2 jam untuk tiba di Kuala Krai. Setibanya di Kuala Krai, kawan menelefon ajak minum untuk hilangkan rasa mengantuk. Kami suami isteri layanlah memandangkan Kuala Krai adalah kampung suamiku. Nak ngajak ke rumah mertuaku, dia tak nak, takut mengganggu orang tua kami di rumah. Setelah hampir 1 jam minum2 sambil bersembang, kami beransurlah menuju haluan masing2. Setibanya di rumah mertua hampir pukul 3.30 pagi.


Setibanya kami, pakat2 bertanya khabar dan sembang lebih kurang, masa dah hampir subuh. Sesudah subuh, ramai2 pakat sediakan makanan dipagi Raya, setelah siap makan bersiap nak solat hari raya Aidil Adha.


Setelah siap solat sunat Aidil Adha, aku, suami dan anak2 bersiap nak balik ke kampung ku, Rantau Panjang, memandangkan dirumah suami korbannya hari Sabtu (Raya kedua). Hampir pukul 12.30 tghari kami tiba dikampungku, semuanya menunggu untuk dihidang je. Aku melawat sedara2 yang bersebelahan dengan rumah sambil menunggu waktu orang laki balik dari solat Jumaat. Jam 2.30petang kami sekeluarga menghadap makanan beserta sedara2 yang berdekatan. Tak sempat rehatkan badan, tetiba aku mendapat panggilan dari sepupu di Kuala Lumpur menyatakan ayahnya meninggal selepas solat Jumaat tadi. Ya Allah............ alangkah terkejutnya memandangkan sebelum kami balik kampung pak cik sihat walafiat. Ternyata hari itu kami sekeluarga sedih sangat. Arwah adalah pak cik belah suami tapi aku rapat sangat dengan arwah memandangkan semasa hayat beliau suami membesar di rumahnya. maka itu, kami selalu ke rumah melawatnya... dan aku selalu diusik macam2 tapi aku tak cepat melatah. biar dikata apa pun. aku buat tak tahu je dan selalu terima dengan hati yang tak pernah tersentuh. So, kami terima je apa kerenahnya. Selepas waktu asar kami bertolak ke Kuala Krai, Hari Raya kedua (sabtu) selepas korban dan makan tengahari dan solat zohor, kami sekeluarga, kakak, adik, abang, mak ayah mertua bertolak ke Kuala Lumpur. Waktu Isyak kami tiba di rumah arwah. Suasana pilu di rumah arwah walaupun dah masuk hari kedua arwah tinggalkan kami. Dengan suasana tak sempat nak beraya seperti biasa, daging pun tak dapat merasa betul2, kami dengan keletihan terpaksa balik KL. Sepenat mana pun aku dan suami, kami terpaksa pulang melawat keluarga arwah............. kami terlalu rapat.

Wednesday, November 4, 2009

Sunway Lagoon

1 Nov 2009 -------Family Day Sunway------








Bawa anak2 ke Sunway Lagoon.

Every year family day mesti di Sunway Lagoon. Anak2 ku memang dah maklum akan ke sana dan selalu bertanya abahnya bila nak ke Sunway Lagoon.

This year, RM 10/person, RM 60 for 6 person (My Family) - Tak ramai member yang join. kalau biasa free.

Esok, Exam akhir tahun - Bagi can pergi jugak, nanti sikecik tu rajin menyoal dan ayat yang kita olah dia tak akan paham. Pening kepala.....Kul 2.30 ptg dah blk.

Tuesday, October 20, 2009

Ke Genting Highland

setibanya di Genting



Diluar 'Snow World'

Kat snow world


Makan Maggi


Stage Disediakan


Anak2 bermain
17hb. Okt 2009, Sempena Deepavali, suami aku cuti, aku dan anak2 memang selalu cuti hari sabtu. Jadi, aku plan dengan suami dan anak2 nak bercuti di Genting. Pagi2 hari sabtu tu kami semua bersiap, siap je breakfast terus kami bertolak ke sana.

Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami tiba di stesen "Cable Car". Ini lah first time naik cable car. Aku sendiri sebenarnya gayat sangat. Aimanla orang paling sedih... kesian dia, gayat semacam. Kat sini ada gambar gak, candid. Tiba distesen genting tengok2 ada gambar kami... Beli la dengan harga RM 30.00 sekeping.
Tiba di Genting lebih kurang pukul 11.30 pagi. Kami terus ke tempat jual tiket. Mak ai.... mahalnya harga tiket sekarang. Rasanya 2 tahun lepas tak ada lah mahal segini sangat.
Aku, suami, anak2 termasuk sorang anak buah aku harga Outdoor n Indoor dah jadi RM 333.00. Nak tak nak, aku tutup mata je lah. Kenangkan anak2 nak main. Alang2 dah sampai sini.

Kami dalam theme park kat outdoor dah lebih 4 jam. Dengan makan maggi je tengahari tu, nasib baik la anak2 tak mengamuk lapar. Makan maggi pun dah dekat RM 100.00. Jam 6 baru kami keluar. Teruskan ke permainan Indoor. Tengok2 dah jam 7.30pm. Kami ke snow world. bagi anak2 merasa camana dinginnya salji. Kat sini bayar lain pulak. memang betulla, tempat ni untuk habiskan duit.
Dekat snow world memang best, sejuk sangat. bayangkan -4 darjah celsius, Kat sini kalau nak bergambar pun pakai kameraman yang disediakan. So, duit lagi. Sekeping dijual RM 16.00. Mahal2 pun beli gak untuk kenangan.
Sepanjang hari di Genting ni, aku ambik gambar je, tak kira posing macamana pun. yang penting hati aku puas. Boleh kata setiap tempat kami pergi ada je gambar. Nak cover gambar masa open house kat rumah tak ada langsung. Dah hampir pukul 11.00 malam kami balik. Tiba di Gombak hampir pukul 12.00 mlm. Kami singgah di kedai makan, kononnya nak makan kerabu kaki ayam. Anak aku, Amirun dan Aween dah buat hal, tak nak makan. Nak tidur, nak tak nak aku terpaksa batalkan niat nak makan. Suami, Mimi dan Aiman je lah yang belasah kerabu kaki ayam. 12.30mlm kami tiba di rumah. Penat tu jangan cakap.............. Hari AHAD tu relax la sampai ke petang baru keluar ke rumah terbuka kawan.

Sunday, October 11, 2009

Rumah Tebuka Batu Caves

11 Okt 2009

Aku nekad membuat rumah terbuka bagi menjemput kawan-kawan beraya kat rumah sambil makan-makan. Dengan tak ada maid aku akui memang memenatkan. Tapi dengan bantuan suami, adik ipar dan anak buah aku, selesailah juga acara tersebut dengan meriah dan memenatkan. Orang pertama sampai ke rumah kami pada pukul 11.30 pagi. masa tu makanan pun belum siap dihidang. Maklumla aku jemput makan selepas waktu zohor. Tapi member tu datang dari jauh SEREMBAN, maka berehatlah dia bersama2 isteri dan anak sambil memerhatikan kami kelam kabut menyiapkan hidangan di atas meja. Tengah2 bersiap2 tu tibalah pulak 2 keluarga lain. Alamak!! ini sudah memeningkan kepala aku. Anak2 semua dah siap, mulanya kami semua plan nak bergambar dulu sebelum tibanya tetamu. maklumlah kali ni rumah terbuka aku besar-besaran siap dengan khemah ala2 orang kawin. Atas tajaan kawan dan bayar jugak tapi atas harga kawan2. So rumah aku semalam, meriah semacam, semua tetamu terperanjatlah. tak sangka la kan besar cam ni siap berkhemah bagai.

Aku tak menang tangan melayan tetamu, selebihnya seperti tambah2 makanan aku serahkan pada pembantu2 aku yang telah bersedia menerima arahan.

Menu raya tahun ni nasi dagang, roti jala,makaroni sup, kuih dan buah. Nampaknya makanan yang dihidang semuanya tak berbaki. Ada baki pun cukup2la untuk kami anak beranak alas perut malam tu. Gambar? Aku frust sangat, tak ada pun gambar semasa kekawan datang rumah. semuanya sibuk. Entah mana diletaknya kamera. Last sekali tengok gambar khemah je ada. Tak ape la. Lain tahun aku sendiri yang akan pegang kamera. semangat tuuuuuuuuuuu........


Wednesday, September 30, 2009

Aidilfitri 2009

SELAMAT HARI RAYA

Aidilfitri tahun 2009 ini kami sambut di kampung ku, Rantau Panjang Kelantan. Tahun ini rumah mak mewakili adakan jamuan makan untuk semua adik beradik dan anak beranak mak. Jadi meriahnya memang terasa memandangkan semua keluarga bertandang ke rumah mak untuk makan2. Anak2 mak Long, Mak su, dan anak Mak sendiri riuh rendah menikmati makanan yang dihidang. Mak masak nasi kerabu memandangkan banyak permintaan dan aku bekalkan sate dari KL (Sate Samuri). Walaupun tahun ini kami sekeluarga beraya tanpa ayah. dah hampir 2 tahun arwah ayah tinggalkan kami. Tapi alhamdulillah, tahun ini kami tidaklah menanggung kesedihan seperti tahun lepas. Aku tengok mak pun, ceria je cuma dipagi raya aku tengok mak menangis mungkin terkenangkan orang yang telah tiada. Aku paham itu, jadi aku sebagai kakak yang paling besar (pagi tu le, sebab yang lain beraya dirumah sendiri dan selepas sembahyang raya baru datang rumah mak) memujuk mak.
Siap je solat sunat Hari Raya semua keluarga berkumpul untuk makan2. Kami, sebagai tuan rumah tak sempat nak bergambar bersama keluarga. Tidak seperti tahun2 lepas, siap bergambar dulu baru jengah makanan. Tapi tengah sibuk tetamu menjamah makanan kami sempatlah snap beberapa keping. Nak jadikan panjang cerita, tengah posing maut tu bateri kamera pulak habis. So ambil je la mana yang dan. Frust jugak, Tapi ni lah hasilnya.


Kami Sekeluarga
Anak2 Ku

Mak, Mak Su Dan Mak Long
Jiran
Mak, Mak Su, Adik dan Suami
Sampaila ke malam jamuan makan nasi kerabu. Besoknya kami sekeluarga beraya di rumah nenek belah suami pulak. Mak ai penatnya beraya. satu hari kami bertandang rumah sedara sampaikan ank aku yang kecik terkena jangkitan sakit mata. Jadi, dari raya ketiga sehinggalah habis cuti kami sekeluarga beraya dengan mata merah dan bengkak2. Tapi alhamdulillah anak2ku tak ada sakit teruk sangat. Cuma aku dan suami, merah dan bengkak sehinggalah balik KL. sampaikan kami berdua terpaksa kena ambil cuti sakit selama 2 hari, memandangkan takut berjangkit pada teman sekerja. Pengalaman betul la kami beraya tahun ni. Cuti panjang tapi terpaksa beraya dalam kesakitan dan cermin mata hitam..........





Sunday, September 6, 2009

Aiman, Anakku Yang Ketiga

SYAHMI AIMAN, umur baru nak masuk 9 tahun, tapi badannya ngalahkan orang tahun 6. Setiap kali beli baju untuknya mesti saiz kanak2 umur 14 tahun. Orangnya sensitif tak padan dengan laki. Kalau makan dia no 1. setiap kali ngadap makanan kita nengok cam orang lapar la. padahalnya.......... baru je makan. Bulan puasa ni nampaknye berat badan pun turun sikit. Walaupun laki dia pandai layan adik2. Pandai ambik hati orang. Aween dengan Amirun suka sangat kawan dengan dia.

Masa bergambar ni, kami baru balik hantar Iva(maid aku) balik Indonesia. Muka pun sedih lagi dengan rindukan bibiknya dan tidur yang tak cukup. Baru lepas nangis. Aiman ni, walaupun kita nampak dia tak rapat sangat dengan Iva tapi sayang dia kat Iva lain sikit. Setiap kali nak ke sekolah, cium tangan Iva. Kalau ada apa2 rahsia, dia akan kongsi dengan Iva. Siap pesan lagi kalau barang2 sekolah hilang, tak bagi Iva beritahu aku. Si Iva ni pulak ikut je kata Aiman, takut nanti aku marahkan Aiman. Kesian kat budak2. Tu sebab la anak2 aku sayang sangat kat Iva ni. Semasa Iva berangkat, dia lah yang paling sedih. Masuk je ke dalam kereta, terus nangis sepuas hati.Kesian aku nengok.

Tapi satu je, Dia ni jenis dengar kata, bagi nasihat sikit dah dengar dan boleh ikut cakap kita. Seingat aku dari kecik perangai dia, walau nangis sekuat mana pun, kita buat janji sikit dia dah elok dah dan janji tak buat lagi. Dalam 4 beradik anak aku, dialah yang paling senang dipujuk. Tapi kalau dah berjanji dengan dia ni mesti kena tepati, kalau tidak merajuk lah berhari2.

Detik-detik terakhir bersama BIBIK



Semalam, kami sekeluarga pagi2 lagi dah tiba di LCCT. Penerbangan maid aku balik Indon pukul 6.55pg. So kami anak beranak bertolak dari rumah pukul 3.30pg. Anak2 la paling excited nak hantar bibiknya. Pukul 2.30pg dah bangun. Kami bersahur dengan MC Donald je kat LCCT tu.



Selepas menunaikan solat subuh kami menghantarnya ke bahagian pelepasan. Anak2 aku pada mulanya biasa2 aje. Aku pun tak lah risau sangat. Dari malam aku tak dapat tidur lena memikirkan bagaimana reaksi anak2 aku saat berpisah nanti. Sebelum tidur malam itu, kakak sebagai wakil adik2nya dan kami sekeluarga menyerahkan surviner berupa jam loceng, jam tangan, kain tudung dan kain pasang batik agar Kak Iva akan tetap ingatkan kami di Malaysia sambil2 tu memujuk minta maid aku datang lagi ke rumah kami dan berpesan jangan balik Indon lama2. Padahal semua dah maklum maid aku tak akan datang lagi. Aku sedih sangat dengar rayuan anak2 aku.



Rupanya semasa di Airport tu alhamdulillah, tak ada lah seperti yang aku sangka dan keadaan semasa kami hantar maid pertama dulu, sedih tu mesti sedih tapi tak ada lah nangis2 tak nak lepaskan orang tu pergi.


Suasana pilu, Semasa maidku memeluk sorang demi sorang anak aku, nampak kesedihan di wajahnya tapi tak adalah sampai menitis airmatanya. Last sekali dia salam dan mencium tangan aku, minta maaf dan terimakasih pada aku selama dia di rumahku. Katanya aku terlalu baik. Masa ni nampak Mimi dan Aiman dah nangis. diorang dah paham erti perpisahan. Airmata bergenang. Aku tahan je. tiba2 je jadi sebak bila nengok anak2 nangis. betapa sayangnya anak2 aku pada bibiknya. . . . . Yang kecik 2 orang tu melompat2 tak paham apa2. Masa bibiknya naik tangga selepas masuk ke pelepasan antarabangsa, semua muka dah lain, Lambaian terakhir tu, anak2 aku semua dah nangis. Ya Allah tabahkan hati anak2 aku.








Semalam suasana kat rumah dah berubah. Anak2 semua tak ceria. Lebih2 lagi Amirun dan Aween. Asyik bertanya. Naik ke bilik, pergi ke dapur, lepas tu nangis. Sedih jangan cakap la. Semua benda nak dengan aku. sampaikan semalam pening kepala aku dibuatnya. tak cukup tidur. Nasib baik la malam tadi tak mengamuk lagi, cuma masa nak tidur aween nangis mmg teringatkan bibiknya sebab dia tidur dengan bibiknya. Selepas aku pujuk dan peluk terus terlena sampailah ke pagi.


Pagi2 ni semasa aku bangun siapkan sahur, sikecik Amirun bangun nangis lagi, ngigau manggil2 nama Kak Iva, Jenuhla aku mujuk bagi susu sampailah tertidur. Pagi ni pukul 7.30pg dah bangun, tak bagi aku pergi kerja. Puas memujuk. tak bagi gak. Nak tak nak aku bawa dia ke pejabat. Bukan main suka lagi, tak ada la nak sebut2 kak Iva mana. Pukul 11.00 pg aku hantar balik kerumah. memandangkan kat rumah ada anak buah aku (mmg khas untuk jaga dia) sedih tu mmg nampakla semasa aku kembali ke pejabat tapi nak buat macamana. kerja tetap kerja.


Lusa 9hb September 2009. Anak dah mula sekolah. Hari pertama sekolah selepas bibik tak ada. Nak uruskan keperluan anak sekolah. Baju untuk transit, baju nak pakai, baju nak bawa untuk sekolah petang. Haiiiiiiiii pening gak tu. Dah lama tak buat kerja ni. Kerja aku memang tak cukup kakitangan la. Kena buat jadual betul2 memandangkan bulan puasa, bila masa nak masak, nak ambik anak sekolah, Suami? sesekali boleh la dia ambikkan anak sekolah, bizi memanjang.

Bibik baru? aku sendiri pun tak pasti, sekali pikir tak payah, anak2 dah besar, dah boleh berdikari, pasal kerja rumah aku masih mampu lakukan, kalau tak larat sangat aku biarkan je dulu. sekali pikir kena ada, maklumlah sebelum ni bersenang lenang je. tiba2 jadi aktif dari pagi sampailah tutup mata di malam hari. Tapi setakat ni aku tak ada nak apply mana2 agensi lagi. Akan ku cuba terdaya yang mampu, kalau dah tak daya,terpaksa lah nyerah kalah. Aku takut nanti Maid baru tak sama dengan maid lama.............. dari segi perangai, pekerjaan, apa2 lagi lah yang tak elok tu. Akan ku cuba hadapi rintangan mendatang. Aku hanya berdoa agar aku tabah dan sabar dalam menempuh kerenah anak2 sepanjang anak2 masih merindui bibiknya.

Friday, September 4, 2009

Sikecik Amirun

Inilah anakku yang paling kecik. Umur dah 3 tahun setengah. Rapat sangat dengan bibik dia. sampaikan masa dihabiskan bersama bibik. Masa dengan aku hanya masa bawa jalan2 je. Entah la semalam demam dan dah bawa ke klinik, risau aku, mungkin tekanan tak ada sape yang tahu, bibiknya nak balik Indon 6hb sept nanti. Dan tak nak datang lagi. Dah habih kontrak. Sayangnya pada bibik dia bukan main lagi, maklumla dia membesar dengan bibiknya. Bibik tu datang masa umur dia 2 bulan, so mesti sedih dengan perpisahan ni. Sampaikan tiap2 hari dia beritahu, adik tak nangis kalau 'Kak Eva' balik Indon, Adik dah besar. Dan tiap2 hari jugaklah dia ingatkan kakak dan abangnya, kalau dah 'Kak Eva' tak ada, kakak tukang basuh baju, abang Aiman sapu sampah, Kak Aween cuci pinggan dan adik boleh mop lantai. Sedih pulak aku dengar. Dia yang tolong agihkan kerja agar Mamanya tak penat. Nanti Mama pergi kerja dan masak je. Sterika baju nanti kami buat sendiri2. Aku sendiri pun kadang sebak bila pikirkan anak2 dan Maid aku ni, bukan apa, kalau dah maid tak ada nanti anak2 aku mesti nangis punya. Rindukan orang gaji....... sebab aku ada pengalaman dengan maid pertama dulu. Kita, sebagai ibu mana sanggup tengok anak2 bersedih, mesti terasa sedih pilu kan? Apalagi........ waaaaaaaa, kita pulak yang lebih2.

Ni masa kat kampungku Rantau Panjang Kelantan. Kami balik kampung semata-mata untuk berpuasa dengan mak dan mertua. Dah petang, sambil pikir apa yang nak masak ari ni, tiba2 aku teringatkan kelapa mak baki semalam ada lagi. So aku pun terus ambik dan kucuba untuk mengukur kelapa, padahal dah lama sangat aku tak guna alat ini. maklumlah kat kampung sekarang pun dah ada santan segera. tak payah nak penat2 kukur kelapa. Apalagi anak2 aku pakat nak cuba gunakan alat ni. tengoklah habis berterabur kelapa kat bawah. Nasib baik mak tak bising. Dah lama tak buat kerja ni, penat la. Nak dapatkan semangkuk kelapa pun susah. sakit badan2 aku. At last jadilah 'siro roti' hasil dari kelapa tersebut. Tak sempat pun nak ambik gambar roti yang telah siap di masak. Yang sebenarnya nak tunjuk gambar anak aku yang paling kecik dengan muka yang control malu dikeliling kakak dan abangnya termasuklah mak aku yang asyik gelakkan dia. Dengan gaya duduk tiru mak aku. Hahaha......... nilah budak2 zaman sekarang tak kenal pun alat2 tradisional macam ni. Dah dapat tu asyik berebut nak cuba. Semoga anak2 aku tidak lupa asal usulnya.






Sunday, August 23, 2009

Ramadhan 2009

SALAM RAMADHAN
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.
Semasa menulis ni dah masuk hari ke 3 umat islam berpuasa. Aku dalam dilema, samada nak balik kampung atau tidak weekend nanti. almaklumla 31 ogos 2009 jatuh pada Isnin. So kalau aku cuti Jumaat maknanya aku boleh berbuka, berterawih dan bersahur di kampung selama 4 hari. Bestnyer. Di Opis ni terlalu banyak kerja hendak disiapkan sebelum 31 ogos. Ooo....pening kepala. Aku belum jumpa bos untuk menyatakan hajat aku ni. Biasanya kalau time kritikal macam ni aku jumpa dia mahu muka bos aku macam muka......... entah la tak berani nak kata.

Apa2 pun kat sini pun bukan nye tak boleh berterawih. Asal nak je sebenarnye. Citer aku, Malam pertama terawih kami sekeluarga ke Masjid KLCC, ikut kata hati Mimi dan Aiman (nak terawih tempat abahnya kerja). so kami pun ngikut je. sebenarnya kami pun tak pernah terpikir nak terawih sampai ke sana. Tapi kat sini memang nyaman. Tak ada bising kanak2 macam dekat surau taman2 perumahan biasa. Kalau rumah area sini boleh la terawih kat sini tiap2 malam. Tapi yang penting niat kita, nak mencari keberkatan malam2 di bulan Ramadhan. Kat mana pun boleh.
Malam2 berikutnya terawih kat surau dan masjid kat rumah je la, memandangkan masa, nak tunggu anak2 menyiapkan diri, maklumlah kan dah kenyang perut tu kurang la sikit pergerakannya. Puas sangat hati bila anak2 semua nak ikut ke masjid termasuk yang paling kecik umur 3 1/2 tahun. Sekurang2nya anak2 boleh paham erti terawih dan puasa.

Pasal makan pulak, Hari pertama dan kedua masak sendiri je, kebetulan cuti sabtu ahad. kami sememangnya tak berapa boleh telan lauk kat pasar tu. kalau setakat kuih je boleh le. apa2 hal pun laki aku mesti nak makan air tangan bini dia. kalau beli banyak komen dari makan.

Hari pertama aku masak daging masak lemak campur nangka, aku yang teringin, Pastu Lala masak sambal kesukaan anak2 yang berpuasa, (Mimi dan Aiman) puding gula hangus kesukaan suami, dan bubur jagung, memang kesukaan anak2 perempuanku. meriah gak, biasa kalau hari sabtu dan ahad aku akan ikut apa kemahuan anak2 untuk berbuka. Masak sendiri lagi best, puas rasanya. Hari kedua masak sup kaki lembu........ fuyo resepi mak mertua tu. Mak mertuaku, kalau buka kedai masak sup kaki lembu, rasanya semua kedai boleh tutup. Tapi aku.... tiru je, yang penting suami puji cukup la kan?






Thursday, August 20, 2009

Bandung, Indonesia.

22hb.-25hbJulai 2009, kami ke Bandung, tak pernah jejak tanah Indonesia. Kami sampai di Bandung dah malam, lepas makan terus tidur almaklumla esok nak start misi yang entah berjaya atau tidak. sebelum ni asyik dengar cerita rakan2 je, esok pagi kami ke Pasar baru Bandung. Mak ai.... dah rabun mata, dengan barangan yang banyak dan harga yang murah. tersangat lah murah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Apalagi tak lepas peluang, pilih mana yang patut. masa tu dah tak ingat orang Malaysia. Kiriman dan pesanan, hanya separuh je yang bermain di fikiran. mana yang ingat aku belikan. Tengok2 jam dah hampir pukul 5.00 ptg. Masa tu tak ingat nak makan. Rasanya satu hari tak cukup untuk shopping kat situ. dengan suasana dan iklimnya yang sejuk, kami tak perasan masa berlalu. tak sempat keluar peluh, tengok barang dah tak larat nak bimbit.

Dah petang kami ke TOKO TIGA, jeans murah2 sangat kat sana. kalau tak beli rugi besar. Suamiku beli walaupun dah lama tak pakai jeans ni. Dah hampir malam kami di bawa ke heritage. Baju anak2 tersusun cantik. aku dah pening memilih. nasib baik la bunyi nilai wangnya banyak-banyak. Puluh2 dan Ratus2 ribu. Jadi sesekali tu tergamam gak. Kadang tak ingat.....laaaaa mahal. kalau convert RM mahunya satu kedai aku angkut bawa balik.

Tengokla hari pertama kami shopping.
Hari Ketiga, Kami ke Tangkuban perahu. kat sini pemandangan yang menarik. Ya Allah, indahnya ciptaan Mu, memang indah. Kalau tak pergi sini memang rugi sangat. kami tak lama kat sini, beli baju anak2 dan surviner je. sambil jalan makan strawberry. T Shirt anak2 baru RM 7.50 sepasang. Siap tertera nama tempat (Tangkuban Perahu). kalau tempat kita mana boleh dapat. Bergambar memang best la.
Petang, kami ke rumah MODE, tersohornya sampaikan semua orang Malaysia yang pernah ke sana, sebut berulang2 kali. Pakaian anak2 (branded) memang banyak, murah jangan cakap la. mana ada barang mahal kat sana. Kami pun memborong lagi mana yang berkenan. Inilah hasilnya 2 hari dikerjakan. Penat hilang bila semua anak2 dapat dekat 10 helai sorang. Aku pun apa kurangnya, kain cotton, lace dan macam2 la. Suami, ahhh biasa orang lelaki tukang bawa je lah. Tak ada la nak shopping sakan untuk diri sendiri. pendek kata shopping kali ni memang puas hati la.
Lain kali kita ke sana lagi. memang bbbest.

Monday, August 17, 2009

Gambar Terbaru (Bandung)

Gambar semasa Di Tangkuban Perahu Bandung, Indonesia.
Setibanya di sana, waaa... alangkah Indahnya ciptaan Allah.
Suasananya yang nyaman, Pemandangannya yang indah,
Alangkah Indahnya Dunia.
Cover ni sesaje buat kenangan.
Bersama My Hubby......

Friday, August 14, 2009

Pergi tak kembali.


Dah lama lirik ini tersemat di hati. Betapa syahdunya bila menghayati. Pemergian Ustaz Asri menyentuh sanubari. Mungkinkah keikhlasan jiwanya mempopularkan lagu ini. Setiap yang hidup akan pergi. Selamat Tinggal Pada Semua. Berpisahlah Selamanya. Yang tinggal hanya KENANGAN.





Thursday, August 6, 2009

Aween


NURUL SYAZWINA, Anakku yang nombor 3, Umur dah 5 tahun, orangnya sensitif sangat. Semua kat Rumah panggil kak AWEEN. Manjaaa ni.....Pantang ada yang tak kena, merajuk memanjang...Penat mamanya.... lebih2 lagi bibiknye. Berlakon pun pandai, Pendek kata kalau dia buat2 tidur tu, cam tidur betul lah. kalau dia nangis, susah hati bibiknye. Ingat apa yang tak kena lagi. Tapi kalau nangis betul2 macam tu gak. Kita satu rumah dah kenal sangat2.

Tadika di dalam Taman Sunway dekat Rumah je. Hari-hari dapat hadiah buku baru dari teachernya. Dia ni rajin la kalau nak dibandingkan dengan kakak dan abangnya. Asal dapat buku baru je dia kerjakan sampai semua page terisi. Lain kerja tak ada. Sentiasa dikelilingi buku, pensil, pemadam dan TV. Jalan2 ni memang tak layan. Terperap je kat rumah. Inilah peelnya, InsyaAllah berkekalan, tak adalah mama dan abahnya pening kepala.






Wednesday, August 5, 2009

Kakak

Nurul Syamimi, 11 tahun. Buah hati pertama kami, walaupun sulung tapi manjanya ngalahkan adik yang berumur 3 tahun setengah tu. Bergaya nak yang branded aje, asal nampak je nak beli, ikut hatinya semua kedai nak masuk. bukan setakat masuk je, beli la sekali. aduuhh pening.

Kalau mama dan abahnya kemana-mana makan angin, dia lah yang paling susah hati............. tak nak ditinggalkan. ayat biasa yang kami dengar 'kakak mesti nangis sebab rindukan mama'. alahai anak...... tak sampai hati pulak nak pergi. puas memujuk baru dilepaskan. sayangkan mama lebih dari segalanya.

Tuesday, August 4, 2009

Bersama Kak Ani di DANGA BAY, Johor Bahru.

Bersama kak Ani sekeluarga. Dah 15 tahun kami tak jumpa. Dari tahun 1994, aku sambung belajar kat ITM (sekarang UiTM), kami langsung terputus hubungan. Baru2 ini aku rasa rindu kat kawan2 lama so aku cuba cari nombor tepon tempat kerja lama kat internet. Nasib menyebelahi aku. Rupanya Kak Ani masih disitu. Jadi untuk memanjangkan silaturrahim yang dah lama terputus kami mengambil peluang pergi Ke Johor semasa cuti Maulidurrasul 2009 . Inilah hasil pertemuan kami. Masing2 sudah mempunyai family yang bahagia. Semasa di sana sempatla jumpa kawan2 lama, tapi langsung tak ingat nak bergambar, maklumla duk bertukar2 cerita. Yang ni pun nasib baik ke Danga Bay sama2. Kalau tidak pun melepas la gak.

Ros kesayanganku Dah Berkembang - 5 Ogos 2009


Kat Penang Queensbay

Masa ni kan gemuk ye.Yalah, dah macam2 produk telah cuba and telan tapi tak berhasil. Tiba2 kucuba nasib 'JUSMATE 5' minum dalam 15 hari berat badan turun lebih 3.5kg. memang terlebih gembira almaklumla dah perabih ribu2 RM pun tak pernah nampak jarum penimbang tu berkurang. Sekarang ni OK sikit. Dan hasilnya gambar2 terbaru - Julai 2009-masa di Bandung, Indonesia. Nampak le sikit kekurusan badan aku kalau nak dibandingkan dengan gambar before tu. OK gak jusmate 5 ni.

Di Cameron Highland Oktober 2008


Di Bukit Bendera Mac 2009


Anniversary 1 Feb 2009


sewaktu Tiba Di Airport Bandung


Di Kedai kain Pasar Baru Bandung


Sendirian Di Sari Ater


Sari Ater, Bandung (Hot Spring)